INAI OH INAI
hari ini,entah tiada angin tiada ribut,adikku mengajakku memakai inai.Aku apabila di ajak apa lagi.haha.tapi sebelum dipakai,daun-daun inai tersebut adikku blend dan campur dengan beberapa ramuan seperti arang,nasi,asam keping dan cuka.
selepas solat isyak aku terus meminta bantuan adikku memakaikanku inai tersebut.
tepat-tepat jam 2 pagi aku terjaga dari tidur dan membersihkan inai-inai tersebut.
nah ...inilah hasilnya.
Pada kali ini juga,aku ingin kongsikan serba sedikit perkongsian dari blog-blog lain berkaitan dengan hukum memakai inai.
PENDAPAT BLOG PERTAMA:
Sebenarnya persoalan hukum pakai inai telah pun terjawab melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 2 Oktober 2009. Semoga keputusan muzakarah ini akan menjawab semua persoalan dan pertanyaan kepada semua yang bertanyakan tentang isu hukum halal dan haram pemakaian inai bercorak ini.
Hukum Memakai Inai Bercorak Mengikut Syarak
*Memakai inai bercorak pada kedua tangan dan kaki bagi wanita yang berkahwin atau tidak, selagi tidak menimbulkan fitnah adalah HARUS
*Inai hanya boleh dipakai di kedua tangan dan kaki, tidak melebihi pergelangan tangan dan buku lali
*Warna inai bercorak yang digunakan haruslah tidak bersifat kekal seperti tatu
*Ukiran atau corak yang dibenarkan seperti awan larat, bunga dan tumbuhan manakala ukiran seperti haiwan, dewa berhala atau apa saja yang bertentangan dengan agama Islam adalah dilarang
* Memakai inai di kedua tangan dan kaki untuk seorang lelaki adalah tidak diharuskan, namun hanya sebilangan jari yang dibenarkan untuk tujuan perkahwinan dan tujuan perubatan.
*Warna inai bercorak yang digunakan haruslah tidak bersifat kekal seperti tatu
*Ukiran atau corak yang dibenarkan seperti awan larat, bunga dan tumbuhan manakala ukiran seperti haiwan, dewa berhala atau apa saja yang bertentangan dengan agama Islam adalah dilarang
* Memakai inai di kedua tangan dan kaki untuk seorang lelaki adalah tidak diharuskan, namun hanya sebilangan jari yang dibenarkan untuk tujuan perkahwinan dan tujuan perubatan.
PENDAPAT BLOG KEDUA:
Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Imam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.
Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."
Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim)
No comments:
Post a Comment