Assalamualaikum...
rasanya sudah lama aku meninggalkan blogku ini...
hari ini bersua kembali,mana tidaknya sibuk menghadapi peperiksaan semester ketiga ini...
.sekarang aku sedang berbahagia di kampung halaman tercinta menikmati percutianku sepuas-puasnya.
Penerbanganku dijangka berlepas jam 6.35 pagi,tapi pada jam 5.30 aku sudah mula check in untuk masuk.sementara menunggu panggilan penerbanganku ,sempat lagi aku online.terkejut melihat status fb ku
"tersalah jatuh cinta,aku terluka"
memang tak la,aku nak update status sebegitu,bagiku fb bukan tempat meluahkan masalah.Kita ada Allah ,tempat sebaik-baik memohon petunjuk dan mengadu,bukan fb.
semestinyalah , ada orang hack fb ku...hurmmm...
pada 16.januari. 2014 tepat jam 6.35 pagi pesawat yang kunaiki mula berlepas menuju ke destinasi.tidak lain tak bukan negeri kelahiranku ,Kelantan Darul Naim.
Tepat jam 7.15 pesawat mula mendarat.sang bayu yang bertiup lembut menyambut kepulanganku.perasaanku gembira bukan main kepalang.mana tak nya,rasanya dua bulan aku tidak berjumpa dengan keluarga.
Tambah-tambah adikku menghantar mesej mengatakan nasi kerabu sedang menungguku...lagilah aku tidak sabar.
Tapi,semasa menunggu abahku datang menjemputku,satu kejadian berlaku di depan mataku mencuri perhatianku seketika.peristiwa berlaku di depan mataku,itu realiti bukan novel mahupun fantasi.
hurmmm...cukup bahagia,seperti keluarga idamanku ,sebab itu lah aku mula menukar gambar profil di facebook...
si isteri bersama anak kecil lebih kurang berusia 11 bulan menghantar si suami .mungkin suaminya bekerja di luar kawasan,yang menarik perhatianku si anak kecil dalam dukungan si ibu tidak mahu melepaskan si ayah.si ibu kulihat sedikit sebak tapi mampu membendung airmata di depan si suami.cuma si anak kecil yang memegang erat tangan si ayah tak mahu melepaskan.si ayah dengan sebak berlari meninggalkan dengan kesedihan yang begitu berat kulihat.so sweeeeetttt.... :)
Aku juga menginginkan sebuah keluarga yang bahagia.Insya-Allah,dengan keizinan Allah swt,sudah ada jodoh yang telah disediakan untukku.
ok la...setakat ini saja catatanku untuk kali ini... :) :) :)
assalamualaikum...
sweet2..hehe..ingatkan da jatuh cnta dh po dlm nvel..trlanggar ore lain..:)
ReplyDelete