Saturday, 1 February 2014

INAI OH INAI


hari ini,entah tiada angin tiada ribut,adikku mengajakku memakai inai.Aku apabila di ajak apa lagi.haha.tapi sebelum dipakai,daun-daun inai tersebut adikku blend dan campur dengan beberapa ramuan seperti arang,nasi,asam keping dan cuka.

selepas solat isyak aku terus meminta bantuan adikku memakaikanku inai tersebut.
tepat-tepat jam 2 pagi aku terjaga dari tidur dan membersihkan inai-inai tersebut.
nah ...inilah hasilnya.





Pada kali ini juga,aku ingin kongsikan serba sedikit perkongsian dari blog-blog lain berkaitan dengan hukum memakai inai.

PENDAPAT BLOG PERTAMA:

Sebenarnya persoalan hukum pakai inai telah pun terjawab melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 2 Oktober 2009. Semoga keputusan muzakarah ini akan menjawab semua persoalan dan pertanyaan kepada semua yang bertanyakan tentang isu hukum halal dan haram pemakaian inai bercorak ini.

Hukum Memakai Inai Bercorak Mengikut Syarak
*Memakai inai bercorak pada kedua tangan dan kaki bagi wanita yang berkahwin atau tidak, selagi tidak  menimbulkan fitnah adalah HARUS
 *Inai hanya boleh dipakai di kedua tangan dan kaki, tidak melebihi pergelangan tangan dan buku lali
 *Warna inai bercorak yang digunakan haruslah tidak  bersifat kekal seperti tatu
 *Ukiran atau corak yang dibenarkan seperti awan larat, bunga dan tumbuhan manakala ukiran seperti haiwan, dewa berhala atau apa saja yang bertentangan dengan agama Islam adalah dilarang
 * Memakai inai di kedua tangan dan kaki untuk seorang lelaki adalah tidak diharuskan, namun hanya sebilangan jari yang dibenarkan untuk tujuan perkahwinan dan tujuan perubatan.

PENDAPAT BLOG KEDUA:

Menurut pendapat hambali dan syafie mengatakan pemakaian inai ini adalah harus, inai ini boleh digunakan di mana-mana baghagian tubuh lelaki dan perempuan. Cuma Imam Hambali tidak membenarkan inai dibahagian kepala lelaki dan perempuan. Manakala Imam Syafie pula, tidak membenarkan bagi lelaki menginaikan kaki dan tangan mereka kerana menyerupai sifat perempuan. Tetapi apabila dharurat dibenarkan untuk tujuan perubatan. Tidak dibenarkan sama sekali memakai inai bagi perempuan yang idah iaitu (isteri bagi suami yang meninggal) tidak dibenarkan berhias dan keluar rumah tanpa tujuan selama 4 bulan 10 hari atau 3 kali suci dari haid.

Begitu juga pendapat dari Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan "bahawa hukum lelaki memakai inai di kukunya adalah di antara haram dan makruh. Ini kerana ia menyerupai perhiasaan wanita . Inai yang digunakan untuk perubatan tidaklah mengapa(tujuan kesihatan seperti inai di ibu jari kaki yang menghidap penyakit kuku rosak."

Kesimpulan dari perbahasan di atas, bagi lelaki tidak dibenarkan memakai inai di kaki dan ditangan kecuali wanita, kerana menyerupai wanita. Sekiranya ada pandangan lain yang membolehkan, maka kita sebagai Islam mestilah berhati-hati dalam menentukan perbuatan kita, kerana dikuatiri menjadi haram. Tidak dibolehkan juga kepada wanita yang memakai inai dengan mengukirkan inainya seperti tatu sepertimana hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra katanya: “Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Sahih Muslim)

Monday, 20 January 2014

NOVEL-NOVEL BACAANKU

assalamualaikum ....

bersua lagi di mutiara kasih ini...
pada hari ini aku ingin menceritakan serba sedikit novel-novel yang telah kuhabiskan sepanjang 5 hari cutiku ini.semuanya boleh kuberi 4 bintang kot...hehe...

novel 1: HELLO,MR.PERFECT!-WANIEY ZAKARIA
novel 2:M.A.I.D-SURI RYANA
novel 3:ADA CINTA  DI HATI

novel ini bolehlah aku nak katakan bahawa antara ketiga-tiga novel yang aku baca ,ini yang pling best.hurmmm...walaupun nama watak-watak biasa-biasa jew,tapi jalan ceritannya sememangnya amat menarik bagiku.

ADA CINTA DI HATI merupakan karya  Emma Maizura yang mengisahkan kehidupan sepasang gadis kembar seiras yang berbeza perangai.Kakak kembar yang bakal berkahwin melarikan diri untuk mengejar impian sehari sebeleum majlis berlangsung menyebabbkan si adik menjadi ganti.Majlis perkahwinan berlangsung seperti biasa cuma pengantin perempuan sahaja yang bertukar.
Kedua-dua terpaksa akur akan aturan keluarga bagi menjaga nama baik semua pihak.Namun,disebabkan si suami mempunyai ego yang tinggi dan berasa tercabar nekad menggantung perkahwinan mereka.Sepanjang 3 tahun menjalani kehidupan rumahtangga seolah-olah bahtera tiada nakhoda .

Namun,apabila muncul peminat setia si isteri menyebakan si suami mula rasa tercabar dan perasaaan cemburu mula menguasai .SYUKRI nekad memunculkan diri dan memperkenalkan dirinya sebagia suami ADREENA.Tindakannya ,menyebabkan hati si Zaihan patah seribu.Rupa-rupanya gadis yang diminatinya adalah isteri orang .

ADREENA yang tiba-tiba pengsan menyebabkan SYUKRI kalut dan takut kehilangan isteri yang mula disayanginya itu.Isteri disahkan menghidap kanser hati peringkat kronik yang memerlukan pemindahan hati yang sesuai.Saat itu SYUKRI muncul sebagai penyelamat dengan mendermakan sebahagian hatinya.Sejak itu hubungan mereka kembali pulih dan kasih sayang antara mereka menjadi semakin utuh semenjak berkongsi hati yang sama.

Saat mereka meniti bahagia,muncul kakak kembar ADREENA iaitu ADLYNA untuk merebut kembali cinta SYUKRI.Berbagai dugaan terpaksa ditempuh sepanjang meniti kebahagian.Rintangan demi rintangan menyebabkan ADREENA tekad bahawa SYUKRI adalah haknya yang perlu dipertahankan.

Akhirnya,setelah mengharungi pelbagai dugaan ,mereka hidup bahagia dengan sepasang kembar ADAM dan HAWA.ADLYNA pula mula menyulam bahagia bersama ZAIHAN.

CINTA ITU NDAH DAN SENTIASA HIDUP DALAM JIWA KITA.KEHIDUPAN MANUSIA MEMANG TIADA YANG SEMPURNA MELAINKAN ALLAH S.W. YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA AGUNG-Emma Maizura 


Friday, 17 January 2014

PENGALAMANKU DI AIRPORT

PENGALAMANKU DI AIRPORT

Assalamualaikum...

rasanya sudah lama aku meninggalkan blogku ini...
hari ini bersua kembali,mana tidaknya sibuk menghadapi peperiksaan semester ketiga ini...
.sekarang aku sedang berbahagia di kampung halaman tercinta menikmati percutianku sepuas-puasnya.

Penerbanganku dijangka berlepas jam 6.35 pagi,tapi pada jam 5.30 aku sudah mula check in untuk masuk.sementara menunggu panggilan penerbanganku ,sempat lagi aku online.terkejut melihat status fb ku

"tersalah jatuh cinta,aku terluka"

memang tak la,aku nak update status sebegitu,bagiku fb bukan tempat meluahkan masalah.Kita ada Allah ,tempat sebaik-baik memohon petunjuk dan  mengadu,bukan fb.

semestinyalah , ada orang hack fb ku...hurmmm...

pada 16.januari. 2014 tepat jam 6.35 pagi pesawat yang kunaiki mula berlepas  menuju ke destinasi.tidak lain tak bukan negeri kelahiranku ,Kelantan Darul Naim.

Tepat jam 7.15 pesawat mula mendarat.sang bayu yang bertiup lembut menyambut kepulanganku.perasaanku gembira bukan main kepalang.mana tak nya,rasanya dua bulan aku tidak berjumpa dengan keluarga.

Tambah-tambah adikku menghantar mesej mengatakan nasi kerabu sedang menungguku...lagilah aku tidak sabar.

Tapi,semasa menunggu abahku datang menjemputku,satu kejadian berlaku di depan mataku mencuri perhatianku seketika.peristiwa berlaku di depan mataku,itu realiti bukan novel mahupun fantasi.
hurmmm...cukup bahagia,seperti keluarga idamanku ,sebab itu lah aku mula menukar gambar profil di facebook...


si isteri bersama anak kecil lebih kurang berusia 11 bulan menghantar si suami .mungkin suaminya bekerja di luar kawasan,yang menarik perhatianku si anak kecil dalam dukungan si ibu tidak mahu melepaskan si ayah.si ibu kulihat sedikit sebak tapi mampu membendung airmata di depan si suami.cuma si anak kecil yang memegang erat tangan si ayah tak mahu melepaskan.si ayah dengan sebak berlari meninggalkan dengan kesedihan yang begitu berat kulihat.so sweeeeetttt.... :)

Aku juga menginginkan sebuah keluarga yang bahagia.Insya-Allah,dengan keizinan Allah swt,sudah ada jodoh yang telah disediakan untukku.


ok la...setakat ini saja catatanku untuk kali ini...  :)  :) :)
 assalamualaikum...

Monday, 6 January 2014



Semakin jauh kita berjalan menerokai kehidupan
 Semakin banyak onak dan duri kita terpaksa harungi
apa yang penting terus bergantung kepada Allah

Kita harus mengambil langkah positif dengan mengingatkan bahawa semua masalah dan rintangan yang kita hadapi bukanlah untuk melemahkan kita. 
Masalah-masalah tersebut adalah hanya sebahagian dalam kehidupan.


saya ada terbaca bahawa kita prlu jugak untuk menangis sekali sekala supaya kita tahu erti
NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...


Sunday, 5 January 2014


 Assalamualaikum...

salam mutiara kasih pertama  kuhulurkan... 

usai mengerjakan solat zohor,laptop ditarik...hurmmm...tertarik untuk menulis blog seperti sahabatku...padahal dulu aku ada juga blog,tapi lupa dah lama sangat...haha...

bagiku,kehidupan merupakan satu proses yang penuh dengan suka dan duka.sebenarnya hak untuk mengecapi kebahagian adalah hak diri kita.namun begitu,disebabkan sedikit duri yang terpaksa dilalui ,telah menyebabkan kita untuk bangkit kembali.

Pintu kebahagiaan selalu terbuka didepan mata, tapi kerap kali tidak terlihat kerana kita tidak menutup pintu kesedihan masa lalu....