assalamualaikum ....
bersua lagi di mutiara kasih ini...
pada hari ini aku ingin menceritakan serba sedikit novel-novel yang telah kuhabiskan sepanjang 5 hari cutiku ini.semuanya boleh kuberi 4 bintang kot...hehe...
bersua lagi di mutiara kasih ini...
pada hari ini aku ingin menceritakan serba sedikit novel-novel yang telah kuhabiskan sepanjang 5 hari cutiku ini.semuanya boleh kuberi 4 bintang kot...hehe...
novel 1: HELLO,MR.PERFECT!-WANIEY ZAKARIA
novel 2:M.A.I.D-SURI RYANA
novel 3:ADA CINTA DI HATI
novel ini bolehlah aku nak katakan bahawa antara ketiga-tiga novel yang aku baca ,ini yang pling best.hurmmm...walaupun nama watak-watak biasa-biasa jew,tapi jalan ceritannya sememangnya amat menarik bagiku.
ADA CINTA DI HATI merupakan karya Emma Maizura yang mengisahkan kehidupan sepasang gadis kembar seiras yang berbeza perangai.Kakak kembar yang bakal berkahwin melarikan diri untuk mengejar impian sehari sebeleum majlis berlangsung menyebabbkan si adik menjadi ganti.Majlis perkahwinan berlangsung seperti biasa cuma pengantin perempuan sahaja yang bertukar.
Kedua-dua terpaksa akur akan aturan keluarga bagi menjaga nama baik semua pihak.Namun,disebabkan si suami mempunyai ego yang tinggi dan berasa tercabar nekad menggantung perkahwinan mereka.Sepanjang 3 tahun menjalani kehidupan rumahtangga seolah-olah bahtera tiada nakhoda .
Namun,apabila muncul peminat setia si isteri menyebakan si suami mula rasa tercabar dan perasaaan cemburu mula menguasai .SYUKRI nekad memunculkan diri dan memperkenalkan dirinya sebagia suami ADREENA.Tindakannya ,menyebabkan hati si Zaihan patah seribu.Rupa-rupanya gadis yang diminatinya adalah isteri orang .
ADREENA yang tiba-tiba pengsan menyebabkan SYUKRI kalut dan takut kehilangan isteri yang mula disayanginya itu.Isteri disahkan menghidap kanser hati peringkat kronik yang memerlukan pemindahan hati yang sesuai.Saat itu SYUKRI muncul sebagai penyelamat dengan mendermakan sebahagian hatinya.Sejak itu hubungan mereka kembali pulih dan kasih sayang antara mereka menjadi semakin utuh semenjak berkongsi hati yang sama.
Saat mereka meniti bahagia,muncul kakak kembar ADREENA iaitu ADLYNA untuk merebut kembali cinta SYUKRI.Berbagai dugaan terpaksa ditempuh sepanjang meniti kebahagian.Rintangan demi rintangan menyebabkan ADREENA tekad bahawa SYUKRI adalah haknya yang perlu dipertahankan.
Akhirnya,setelah mengharungi pelbagai dugaan ,mereka hidup bahagia dengan sepasang kembar ADAM dan HAWA.ADLYNA pula mula menyulam bahagia bersama ZAIHAN.
CINTA ITU NDAH DAN SENTIASA HIDUP DALAM JIWA KITA.KEHIDUPAN MANUSIA MEMANG TIADA YANG SEMPURNA MELAINKAN ALLAH S.W. YANG MAHA BERKUASA DAN MAHA AGUNG-Emma Maizura